Negara Tajikistan kini telah mengharamkan permainan video popular GTA dan Counter Strike atas sebab punca banyak kes jenayah di Tajikistan.
Tajikistan membuat pengharaman ini kerana masalah keganasan dan kandungan tidal bermoral untuk kedua-dua permainan ini.
Pengumuman ini dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri di telegram mereka.
“Orang muda dan remaja kerap bermain permainan ini dan mereka berada di bawah pengaruh negatif untuk membuat pelbagai jenis jenayah,” ujar Kementerian Dalam Negeri.
Kementerian juga menyuruh ibubapa untuk memantau aktiviti anak-anak dari membuat aktiviti yang menarik minat mereka untuk bermain permainan yang ”mempromosikan membunuh, mencuri dan keganasan.”
Di Counter-Strike, pemain akan menjadi counter-terrorist atau terrorist dan berlawan sesama sendiri untuk objektif seperti defusing bom, menyelamatkan tebusan atau mengalahkan pasukan lain.
Manakala, GTA pula pemain boleh merayau-rayau dalam dunia itu untuk membuat banyak aktiviti jenayah.
Tahun ini sahaja beberapa negara telah mengharamkan beberapa aktiviti permainan video seperti Roblox di Turkey.