Grand Theft Auto Trilogy dari Rockstar Games yang dinantikan oleh orang ramai tetapi sudah mengalahkan eFootball sebagai permainan video dengan rating paling teruk tahun ini.
Sepatutnya ia menjadi edisi terbaik dengan tiga permainan video yang hebat GTA III, Vice City dan San Andreas dipenuhi dengan glitch, pepijat yang merosakkan permainan dan banyak masalah dengan isu yang tidak menyeronokkan.
Versi PC untuk GTA Trilogy mendapat review yang teruk iaitu 0.5/100 dari 3551 jumlah pemain.
Ramai peminat juga tidak menyukai hal ini dan Rockstar diminta permintaan bayaran balik sama seperti Cyberpunk 2077.
We thank you for your patience and understanding as we continue to work on restoring services for the Rockstar Games Launcher and supported titles.
— Rockstar Support (@RockstarSupport) November 12, 2021
Rockstar sedar akan perkara ini dan cuba membaiki GTA Trilogy.
GTA Trilogy begitu teruk sehingga ramai orang tidak dapat bermain terutama sekali ketika hujan di dalam permainan itu.
Setakat ini masih belum diketahui lagi berapa lama masa yang akan diambil oleh Rockstar untuk memperbaiki GTA Trilogy.