Guna topeng Sonic the Hedgehog nak rompak bank tapi gagal

Satu rompakan bank berlaku pada 2 Februari lepas apabila cubaan rompakan oleh seorang lelaki yang memakai topeng Sonic the Hedegehog bersenjatakan tukul besi.

Seperti dilaporkan oleh West Volusian Beacon, Florida Credit Union dipecah masuk oleh perompak itu dan dia cuba untuk mendapatkan duit.

Perompak itu menggunakan tukulnya untuk mengetuk cermin yang memisahkan antara dirinya dengan juruwang.

Namun, seorang pekerja bank mengambil tindakan berani cuba bercakap dengan perompak dan akhirnya berjaya apabila dia melarikan diri sebelum polis datang ke tempat kejadian.

“Semua orang selamat, tiada apa-apa yang diambil dan polis tempatan sedang menyiasat kes ini,” ujar Brian Leatherman selaku pembantu Naib Presiden.

Setakat ini tiada lagi tangkapan dibuat dan polis akan meneruskan siasatan.

Sumber: Kotaku

RELATED NEWS

+