Bandai baru-baru ini mengumumkan Gundam Card Game iaitu trading card game (TCG) untuk francais Gundam.
Permainan ini dijangka akan dilancarkan ke seluruh dunia pada tahun depan dalam tiga bahasa iaitu Jepun, Bahasa Inggeris dan Mandarin.
Foto: Bandai
TCG ini akan menggunakan Mobile Suits sebagai “Unit Cards” dan juruterbang sebagai “Pilot Cards” dari pelbagai siri Gundam.
Akan terdapat juga kad-kad seperti kapal perang dan karakter-karakter lain sebagai “Base Cards” dan “Command Cards”.

Foto: Gundam Card Game
Setiap dek akan mempunyai 50 keping kad dimana pemain perlu memastikan Pilots diletakkan ke Units untuk menaikkan power.
Beberapa gabungan akan mempunyai efek tersendiri yang digelar “Linked Units”.
Akan terdapat tiga format untuk TCG ini iaitu 1 lawan 1, 2 lawan 2 dan Battle Royale dengan lebih dari 3 pemain.

Foto: Gundam Card Game
Gundam Card Game Edisi Beta akan memberikan anda 16 pek booster dengan sembilan kad untuk setiap pek.
Setiap set akan mempunyai 56 kad, satu Legend Rare, playsheet, dan enam dadu damage counters.
Pra-tempah untuk Premium Bandai USA sudah dibuka tetapi tidak lagi untuk negara-negara lain.
Dek dari siri Gundam mana yang anda mahu main?
Follow kami di WhatsApp, Instagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!