H1Z1: Battle Royale Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 7 Ogos Ini Di PlayStation 4

Sejak dilancarkan dalam Open Beta beberapa minggu lalu, H1Z1 kini mengumpulkan bilangan pengguna agak ramai di PlayStation 4. Tapi jumlahnya akan meningkat, bermakna lagi ramai yang dapat main permainan video ini.

Dalam posting terbaru dari PlayStation Blog, H1Z1 akan meninggalkan Open Beta bulan depan dengan tarikh pelancaran rasmi pada 7 Ogos. Ia akan terus dimainkan secara percuma tapi akan menyertakan item tambahan seperti senjata baru, kenderaan baru dan beberapa bundle.

“Kami berbesar hati untuk membawakan dua senjata baru; pertamanya RPG letupan dan kedua ialah SOCOM (semi-automatic sniper rifle). RPG mempunyai kelebihan ke atas kenderaan, SOCOM pula membawakan strategi baru kepada serangan jarak jauh. Kedua-dua ini juga dah diminta sekian lama oleh komuniti,” kata Produser H1Z1, Terence Yee.

Bagi Battle Pass pula, Battle Pass Season 1 akan dilancarkan dengan tiga ganjaran (percuma, premium dan PS Plus) dan 30 peringkat ganjaran. Pemain boleh unlock peringkat dengan mendapatkan XP menerusi gameplay atau mendapatkannya menerusi in-game purchase. Premium akan berharga $5.49 dan ahli PS Plus pula akan mendapat ganjaran sendiri secara percuma!

Juga terdapat dua bundle pada hari pelancaran iaitu Viper Starter dan Hardline Deluxe dengan harga $4.99 atau $34.99.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+