H1Z1 Perkenalkan Mod Auto Royale – Jom Sertai Perang Kereta Ramai-Ramai!

Masih ingat H1Z1? Antara game terawal yang memperkenalkan Battle Royale di Steam tapi tak begitu mendapat sambutan selepas PlayerUnknown’s Battlegrounds dan Fortnite mengambil alih genre itu. Tapi developer H1z1 mempunyai pelan B (fuhh ada backup plan lagi tu) untuk mengembalikan zaman kegemilangannya. Teka apa?

H1Z1 memperkenalkan mod Auto Royale yang memperkenalkan kereta dalam permainan! Ni bermakna korang akan drive kereta sambil menembak mereka yang juga tengah drive! Awesome gila kan? Macam perang kereta pun ada. Untuk pengetahuan, mod ni hanya membabitkan kereta dan tak boleh berjalan kaki dan sebagainya.

Mod itu menyaksikan 30 pasukan yang diwakili 4 pemain. Dalam peta yang penuh dengan power-ups, senjata, peluru, minyak dan health ini, korang boleh expect 2 kenderaan baru iaitu sebuah sedan dan armored recon vehicle (ARV). Akan jadi lagi best bila ada periuk api, kenderaan melompat, bom asap, perangkap minyak dan macam macam lagi.

Ia telah pun keluar dari Steam Early Access dan korang boleh mendapatkannya sekarang. KLIK SINI untuk dapatkannya dengan harga RM38.

Sumber: Polygon

 

RELATED NEWS

+