“Hackers Apex Legends tidak memperoleh apa-apa pun,” – Respawn

Berikutan Apex Legends yang baru ini sudah digodam atas protes untuk menyelamatkan Titanfall, akhirnya ada kenyataan dari Respawn.

“Apa yang terjadi cumalah hujung minggu yang terganggu,” ujar Ryan Rigney, Direktor Komuniti dan Komunikasi Respawn.

Penggodam baru-baru ini menyerang Apex Legends pada hujung minggu lalu dengan menggantikan playlist server, memberitahu keadaan semasa Titanfall.

Kejadian ini menyebabkan ramai pemain tidak dapat bermain Apex sehingga Respawn berjaya mengawal kembali situasi penggodaman ini.

“Saya sedang mendukung anak saudara saya ketika Apex digodam, saya terpaksa meninggalkan keluarga saya untuk pergi bekerja dan terlepas hari bersama keluarga saya.”

Ramai peminat menyokong Rigney atas kejadian baru-baru ini bahawa serangan DDoS hanya membawa kesusahan.

Namun ada juga peminat yang memberitahu, hal ini berpunca dari kegagalan Respawn untuk membaiki situasi di Titanfall.

Kekecewaan dari pemain Titanfall adalah betul, tetapi masalah ini bukan luar biasa. Lebih lama satu permainan video atas talian itu lebih mudah untuk permainan itu digodam orang luar.

RELATED NEWS

+