Hadiah-hadiah terbaik untuk para gamers bersempena Krismas

Setiap tahun bagi anda yang menyambut Krismas sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk memberi hadiah terutamanya kepada orang tersayang atau rakan yang menjadi seorang gamer.

Namun senarai ini juga boleh digunakan sebagai hadiah hari lahir juga.

Hadiah-hadiah ini pasti akan disukai oleh ramai orang.

Hadiah-hadiah Terbaik untuk para Gamer bersempena Krismas

1. Set LEGO Nintendo Entertainment System

Lego made a 2,600-piece replica of playing Mario on the NES - The Verge

Hasil kerjasama Nintendo dan Lego, set ini pasti akan menjadi kesukaan rakan anda terutamanya apabila rakan anda sukakan Lego dan permainan video.

Membawakan satu set konsol Nintendo Entertainment System bersama dengan alat kawalan, katrij Super Mario dan juga satu televisyen retro tahun 80-an yang semuanya dari Lego.

Set ini boleh didapati di pasaran diantara Rm780-RM900.

2. Game & Watch

Nintendo's Mario Game & Watch is a choice gaming stocking stuffer |  TechCrunch

Game & Watch adalah siri kecil permainan mudah alih yang mempunyai permainan klasik seperti The Legend of Zelda dan juga Super Mario Bros.

Seperti namanya Game & Watch boleh berfungsi untuk bermain permainan video dan juga menjadi jam.

Anda boleh membeli Game & Watch dengan Rm299 sahaja.

3. Anbernic RG351MP

RG351MP Review

Anbernic RG351MP adalah peranti permainan video mudah alih khas untuk bermain permainan video klasik dari pelbagai jenis konsol.

Peranti ini sangat berkualiti dan begitu banyak permainan video yang boleh dipilih untuk anda bermain dalam 64 bit.

Anda boleh membeli Anbernic RG351MP dengan harga RM350 sahaja.

4. Divoom Ditoo – Speaker Mudah Alih Pixel Art

Divoom Ditoo Retro Pixel art Bluetooth Portable Speaker Alarm Clock DIY LED  Screen By APP Electronic | Shopee Philippines

 

Boleh berfungsi sebagai aksesori meja dan juga jam untuk anda.

Ditoo ini juga mempunyai fungsi untuk bermain musik dan skrin LED yang boleh di ubah suai mengikut sesukaan anda.

Anda boleh membeli Divoom Ditoo dengan harga RM300-RM400 sahaja.

5. Alat Kawalan 8BitDo

8BitDo Pro 2 review -- It's still the best third-party controller |  VentureBeat

8BitDo adalah alat kawalan Bluetooth yang sangat murah tetapi penuh dengan kualiti.

Malah 8BitDo juga mempunyai pelbagai jenis bentuk lain dari hampir kesemua jenis konsol yang ada seperti alat kawalan Xbox, SNES, GameCube dan lain-lain.

Anda boleh membeli alat kawalan ini dengan harga serendah RM45 sehingga RM160 sahaja.

6. Nintendo Switch Lite

Nintendo Switch Lite Hands-on: An excellent handheld console that feels  great | CNN Underscored

Nintendo Switch Lite sangat sesuai untuk orang yang mahu bermain permainan video tetapi tidak mempunyai Konsol atau PC.

Walaupun Switch Lite tidak mempunyai kesemua fungsi Switch biasa, namun ini tidak bermakna Switch Lite tanpa kualiti.

Switch Lite masih boleh bermain kesemua permainan Nintendo Switch biasa tanpa masalah.

Terdapat juga pelbagai warna lain untuk dipilih seperti Biru, Hitam, Merah, Kelabu dan lain-lain.

Anda boleh membeli Nintendo Switch Lite dengan harga RM800-RM900 sahaja.

7. El Gato Stream Deck

Stream Deck MK.2 | elgato.com

Sangat sesuai untuk orang yang mahu memulakan penstriman atau sudah lama berkecimpung dalam dunia strim.

El Gato Stream Deck memudahkan hidup anda sebagai seorang streamer dengan hanya menekan satu butang sahaja.

Stream Deck ini boleh dibeli dengan harga bermula RM1000 mengikut jenis spesifikasi stream deck yang anda mahu.

Kesemua hadiah ini boleh dibeli dengan mudah di mana-mana kedai atas talian.

Jangan lupa untuk belikan hadiah krismas untuk rakan dan orang tersayang anda.

Selamat Tahun Baru dan Selamat Menyambut Hari Krismas!

RELATED NEWS

+