Hahagus masuk ICU, kini ditidurkan

Jurulatih SEM9.Gank, Agusalim Amran (Hahagus) kini ditidurkan sejurus masuk ke ICU Hospital Sungai Buloh, semalam akibat jangkitan Covid-19.

Dalam satu hantaran ringkas di Instagram, Agus sempat menulis ringkas “Bye ditidurkan dulu,” pada sebelah pagi tadi.

Pada semalam, jurulatih itu memaklumkan beliau mempunyai kesukaran untuk makan dan memerlukan oksigen yang tinggi untuk bernafas.

Dalam satu catatan pada waktu sama, beliau memaklumkan kembali stabil tidak lama selepas itu sebelum dikejarkan ke ICU beberapa jam kemudian.

Mari kita sama-sama doakan kesihatan Hahagus kembali pulih seperti sediakala.

Dalam perkembangan lain, Gank kini dijenamakan semula sebagai SEM9.Gank dan akan bertanding di PMPL MYSG S4 pada hujung Ogos ini.

RELATED NEWS

+