Hahagus sudah tiada..

Jurulatih SEM9 Gank, Agusalim Amran (Hahagus) dilaporkan meninggal dunia pada jam 9 malam tadi selepas bertarung nyawa akibat dijangkiti COVID-19.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by SEM9 (@sem9.gg)

Pada Rabu, arwah memaklumkan mempunyai kesukaran untuk makan dan memerlukan oksigen yang tinggi untuk bernafas.

Tidak lama kemudian, arwah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Malah, hantaran terakhirnya di Instagram Story menyatakan dirinya akan ditidurkan.

Arwah sebelum ini dijangkiti COVID-19 bersama-sama ahli pasukannya, SEM9.Gank.

Mari kita sama-sama mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman..

RELATED NEWS

+