Mod berbilang pemain Halo Infinite yang baru sahaja dilancarkan semalam sudah mencatatkan rekod terbaru di Steam.
Carta Steam merekodkan Halo Infinite memperoleh jumlah kemuncak pemain seramai 256,619 (ketika artikel ini ditulis). Jumlah pemain ini masih belum dibandingkan dengan tajuk-tajuk permainan yang lebih terkenal, tetapi dengan nombor ini ia menunjukkan permainan ini menjadi permainan terbaik yang diterbitkan oleh Xbox Game Studios.
Halo Infinite multiplayer, which launched *looks at watch* about 2.5 hours ago, has already surpassed 162k peak concurrent users on Steam.
This makes it the most successful Xbox Game Studios title of all time on Steam
Halo MCC hit 161k PCCU
Forza Horizon 5 hit 81k PCCU. pic.twitter.com/lgMLNISeaw— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) November 15, 2021
Mod berbilang pemain Halo Infinite ini boleh dimuat turun secara percuma di Steam.
Pelancaran penuh bagi Halo Infinite akan berlaku pada 8 Disember ini. Berbanding mod berbilang pemain, versi penuh Halo Infinite bukanlah percuma. Ia akan tersedia di kedai dalam talian bagi platform Xbox Series X, Xbox One dan PC melalui Steam dan Xbox PC.
Sumber: ComicBook.