Halo Infinite Multiplayer akan menambah lebih banyak senjata

Ketua Kreatif 343 Industries, Joseph Staten hari ini mengesahkan mod berbilang pemain Halo Infinite akan menerima lebih banyak senjata baru dan akan ditambah dari semasa ke semasa.

Dikongsi dalam satu temubual bersama Game Informer, Staten berbincang mengenai jumlah senjata di dalam mod berbilang pemain di Halo Infinite dan mengesahkan lebih banyak senjata akan tiba.

Namun, berikutan temubual itu adalah berlalu dengan cepat, Stetan hanya memberikan perincian yang singkat sahaja. Stetan juga memberikan gambaran bahawa permainan itu juga akan menampilkan senjata rahsia yang seakan seperti Scarab gun daripada Halo 2.

Pasukan pembangun juga merancang untuk menambah kandungan baru dari musim ke musim selain beberapa kerja baik pulih. Pemain boleh menjangkakan senjata baru akan tiba seawal-awalnya Musim 2 bermula Mei tahun depan.

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA

RELATED NEWS

+