Hampir Tak Jadi Kahwin, PUBG ‘Selamatkan’ Hubungan Pasangan Dari India Ini

Pada Hari Kekasih yang disambut pada 14 Februari lepas, satu pasangan ini berkongsi tentang kebahagiaan mereka sebagai pasangan suami isteri – bermula dari bermain PUBG Mobile bersama-sama.

Gambar itu yang ditunjukkan oleh pengguna Facebook Mohammed Rasheen menulis “Akhirnya berkahwin dengan ahli skuad PUBG saya,”.

Tapi yang menariknya, mereka bukan berjumpa dan jatuh cinta kerana main permainan Battle Royale itu tapi ia menyelamatkan perkahwinan kedua mempelai ini yang hampir-hampir saja tidak jadi berkahwin.

Salwa Ahamed, isteri kepada Rasheen memberitahu kepada portal News18 yang mereka mengenali antara satu sama lain sudah empat tahun dan berdating saja untuk tempoh itu.

“Ya betul, kami ada alami jatuh bangun tapi ia disebabkan kami berjauhan,” Rasheen juga ketagih dengan permainan video dan Salwa tidak begitu gemar main game. Sebelum PUBG, Rasheen biasanya akan habiskan masa yang lama malah pada tiap malam untuk FIFA dan Age of Empires. 

Bagaimanapun keadaan mereka lebih sukar apabila berjauhan kerana Salwa menduduki tahun akhir di kolej dan Rasheen terpaksa berpindah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk bekerja yang menyebabkan kesukaran berkomunikasi.

“Duduk berjauhan menjadi masalah bagi kami. Zon masa juga ‘mencemburui’ untuk kami luangkan masa bersama dalam talian.

“Hingga ada waktu kami rasa baik tak payah berkahwin,”

Kemudian, itulah. Dengan adanya PUBG mobile, mereka berkomunikasi dengan berkesan kerana pada masa itu, panggilan menerusi Voice over IP (VOIP) dihalang di UAE, termasuk Skype dan Whatsapp. Salwa dan Rasheen gunakan PUBG mobile untuk bercakap.

“Ego kami, dan siapa yang sepatutnya call dulu, semuanya hilang. Sebaliknya perbualan kami hanya bertumpu kepada siapa akan menang permainan ini ataupun ‘Jom main sekali?” kata Salwa. Disebabkan terlalu fokus pada permainan, mereka lupa pada pergaduhan.

Dalam PUBG mobile, Rasheen selalu bermain sebagai front liner dan Salwa hanya membantu di belakang. Tapi Salwa selalu memenangi banyak medic medals kerana revive Rasheen.

Ditanya mengenai gambar yang tular, Salwa mengatakan ia viral kerana elemen PUBG di dalamnya. Salwa dan Rasheen berkahwin di Thrissur, Kerala, India yang mana mereka berdua berasal dari sana.

Yang lebih menarik, mereka berdua berpindah ke UAE kerana Rasheen bekerja sebagai arkitek dan Salwa bekerja sebagai IT professional. Bagaimanpun, mereka jarang bermain PUBG mobile selepas itu dan membeli PlayStation untuk bermain FIFA, Injustice dan Mortal Kombat.

“Bermain game bukan setakat untuk serius tapi kami bermain kerana ia merapatkan dan menang Chicken Dinner adalah bonus!,” 

Sumber: News18

RELATED NEWS

+