Harga bundle skin Faker mencecah sehingga RM2,340, ramai peminat tak berpuas hati

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Lee Faker Sang-hyeok adalah dianggap pemain League of Legends terhebat sepanjang zaman. Disebabkan itu, namanya terpahat di Hall of Legends (hall of fame) untuk LOL.

Oleh itu, Riot Games mengeluarkan bundle untuk skin baharu Faker namun harganya terlalu mahal sehingga mencecah AS$500, menyebabkan ramai peminat tak berpuas hati.

Difahamkan, pemain perlu membeli bundle itu yang mempunyai tiga peringkat, pertama berharga 5,430 RP (kira-kira AS$40) dan pemain dapat versi skin itu yang biasa bersama dengan champion Ahri dan pas acara, taunt, bingkai, ikon dan emote. 

Kemudian, peringkat kedua berharga 32,430 RP yang mana bernilai kira-kira AS$300, dan pemain akan menerima skin itu yang menambahkan beberapa visual dan efek audio untuk menjadikan skin itu lebih menarik.

Di peringkat akhir adalah yang tertinggi, berharga 59,260 RP atau lebih kurang AS$500. Inilah yang dikatakan terlalu mahal di mana skin ini akan mempunyai efek dan animasi ekstra serta 100 levels untuk pas acara akan dapat digunakan dan Chromas untuk beberapa champion lain.

Harga tidak masuk akal ini menyebabkan peminat tidak berpuas hati kerana ia lebih mahal dari skin LOL yang lain dengan jarak harga terlalu jauh.

Sumber: FORBES

RELATED NEWS

+