Harga tiket M3 sudah diumumkan, bermula dari RM60

Kejohanan Dunia M3 akan berlangsung pada 6 Disember ini di mana pertandingan peringkat dunia ini akan diadakan di Singapura bertempat di Suntec Convention & Exhibition Centre.

Terdahulu, akaun rasmi MPL SG memaklumkan bahawa Kejohanan Dunia ini akan dibuka kepada umum. Peminat dari Singapura terutamanya boleh menonton secara langsung acara berprestij itu.

Bagi mereka yang ingin menonton, Moonton menyediakan pelbagai pakej dengan harga yang berbeza. Jika anda memilih untuk menonton secara berpasangan, tiket akan menjadi lebih murah.

Peluang untuk menonton Kejohanan Dunia M3 di Singapura menjadi peluang tipis untuk rakyat Malaysia kerana mereka harus melalui tempoh kuarantin selama seminggu terlebih dahulu.

Adakah anda sudah menempah tiket untuk menonton acara ini? Anda harus merancang perjalanan anda supaya tempoh kuarantin anda di Singapura akan lebih awal tamat dari tarikh pertandingan. Selamat menonton.

RELATED NEWS

+