Harry Potter: Hogwarts Mystery – Akan Hadir Di Android & iOS Pada Tahun Ini

Peminat Harry Potter semua, akhirnya permainan mudah alih Harry Potter: Hogwarts Mysteri akan hadir ke iOS dan Android pada tahun ini, membolehkan korang merasai pengalaman kembara Hogwarts. Walaupun karakter bantuan lain akan tampil dalam permainan ini, Harry Potter dan kawan-kawannya bagaimanapun takkan diperkenalkan.

“Ini kerana plotnya sekitar kelahiran Harry dan kemasukannya ke Hogwarts, apabila Nymphadora Tonks dan Bill Weasley masih lagi pelajar,” – Pembangun game itu, Jam City umumkan dalam satu kenyataan.

Jadi sementara korang belajar untuk menjadi witch atau wizard, Harry Potter tidak akan ada dalam kembara korang. Tapi, korang boleh berinteraksi bersama Hagrid, Professor Snape dan Professor McGonagall, antara watak terkenal dan diingati dalam siri ini.

Selain itu terdapat 4 Rumah Hogwarts yang mana korang akan dihantar. Pilih binatang peliharaan, mempelajari bagaimana menggunakan kuasa magis dan menemui misteri di sebalik Hogwarts. Itu antara gameplay yang korang boleh alami nanti. 

Jom tengok klip video ini untuk trailer permainan mudah alih ini.

RELATED NEWS

+