Harry Potter: Wizards Unite: 5 Fakta Korang Perlu Tahu Tentang Game Mobile AR Oleh Pembangun Pokemon Go

Harry Potter: Wizards Unite adalah game berbentuk Augmented Reality (AR) seperti yang korang pernah lihat dalam game AR popular, Pokemon Go tetapi kali ini, korang akan bertukar jadi ahli sihir bagi membendung kuasa magik melimpah ke dunia Muggle!

Niantic dan WB Games San Francisco bekerjasama memberikan pengalaman kepada pemain berjalan-jalan di persekitaran korang dengan berpandukan GPS telefon pintar, berkenalan dengan ahli sihir lain, berinteraksi dengan mercu tanda, raksasa magik Harry Potter yang dipancarkan melalui skrin telefon pintar.

Sejak diumumkan pada 2017, Harry Potter: Wizards Unite akan menggabungkan elemen yang korang suka dalam Pokemon Go diterapkan ke dalam dunia Harry Potter. Inilah apa korang perlu tahu tentang Harry Potter: Wizards Unite.

Apa itu Harry Potter: Wizards Unite?

Harry Potter: Wizards Unite dibangunkan berdasarkan cerita daripada siri novel Harry Potter dan olahan filem serta dua filem Fantastic Beasts. Korang adalah rekrut baru untuk sebuah pasukan rahsia (Statute of Secrecy Task Force) ditubuhkan oleh Kementerian Sihir (Ministry of Magic) dan Konfederasi Antarabangsa Ahli Sihir (International Confederation of Wizards) ditugaskan untuk menyiasat satu bencana aneh dipanggil sebagai The Calamity. Selaku rekrut baru, korang perlu mengesan jejak-jejak The Calamity dan mengumpul klu yang boleh rungkai punca masalah ini.

Satu malapetaka telah mengubah artifak, makhluk, orang ramai dan memori magik “Foundables” dalam dunia Wizarding terkeluar ke dunia Muggle iaitu dunia sebenar. Ahli sihir dari seluruh dunia harus bekerjasama untuk merungkai misteri The Calamity, berdepan dengan Foundables dan meletakkan mereka di tempat yang sepatutnya tanpa membahayakan Muggle merujuk kepada manusia biasa.

Macam mana nak main?

Kesan-kesan makhluk magik boleh dijejaki dan selepas dapat selamatkan Foundables, ia akan tersimpan dalam rekod Registry

Mengikut gaya permainan seperti Pokemon Go, Harry Potter: Wizards Unite mengajak pemain untuk keluar berjalan-jalan untuk menjejaki kesan magik bagi mendedahkan lokasi Foundables yang boleh terletak di mana-mana sahaja. Foundables juga boleh muncul di mercu tanda kawasan korang seperti taman, bank, pusat beli-belah, kampus universiti, perpustakaan, zoo, galeri, muzium dan banyak lagi.

Sebagai seorang rekrut yang mempunyai kuasa sakti, korang perlu menjampi mantera kepada entiti jahat, Confoundable untuk menyelamatkan Foundables selamat dan hantarkan mereka kembali ke dunia Wizarding. Selepas sahaja korang pulangkan kembali Foundables, korang akan boleh naik level dan menerima hadiah unik yang disimpan dalam rekod Registry game.

Setiap kali korang menjampi mantera, kuasa magik itu akan mengurangkan Spell Energy. Cara untuk pulih Spell Energy adalah singgah Inn (berfungsi macam PokeStop) yang berada di sekeliling persekitaran pemain untuk kumpul makanan dan minuman. Korang akan jumpa barangan untuk buat Potion yang boleh tambah nyawa dan kuasa magik. Barangan-barangan ini boleh dicari dalam peta bergantung kepada persekitaran, cuaca, hari dan diletakkan dalam Greenhouse.

Lebih menarik lagi, Portkey adalah satu kunci rahsia yang membolehkan korang pergi ‘berjalan-jalan’ di lokasi ikonik dunia Wizarding seperti singgah ke kedai Ollivander’s Wand dalam 360 darjah.

Adakah korang menjadi ahli sihir hebat seperti Harry Potter atau Hermoine Granger?

Game Harry Potter tak lengkap tanpa pertempuran dahsyat antara ahli sihir. Korang boleh lawat Fortresses (seperti Gym dalam Pokemon Go) yang mempunyai Wizarding Challenges, sebuah perlawanan multiplayer secara langsung berdepan dengan makhluk jahat seperti Death Eaters dan Dementors. Korang harus mengalahkan makhluk keji-keji secara berkumpulan sehingga ke 4 orang dan berpeluang untuk menyelamatkan Foundables di sebalik Death Eaters.

Sementara korang berjalan-jalan, korang akan berhadapan dengan ahli sihir yang korang boleh ajak berlawan. Perlawanan antara ahli sihir adalah ‘lukis’ jampi terpapar di skrin untuk kalahkan lawan korang. Pastikan korang lakukan betul-betul kerana kalau tak buat sungguh-sungguh, nanti kena penalti.

Untuk mengasah lagi kebolehan magik, korang boleh memilih untuk memegang pelbagai jenis profesion utama seperti Auror, Magizoologist dan Professor yang mempunyai kebolehan unik antara satu sama lain sesuai digabungkan dalam Wizarding Challenges.

Adakah Harry Potter: Wizards Unite akan menambah masuk microtransactions?

Untuk menjawab persoalan panas ini, microtransactions akan wujud tetapi dalam kadar minimal. Menurut pengarah ekskutif produk WB Games San Francisco, Mary Casey kepada CNET, objektif utama game ini adalah untuk mengalu-alukan pemain bermain tanpa memerlukan microtransaction untuk melepasi sesuatu tahap. Setiap Inn dan Greenhouse mempunyai tempoh cool-down selepas korang kumpul bahan dari situ dan kalau korang tak sanggup menunggu dan berkemampuan, boleh singgah ke stor game seperti Pokemon Go.

Perkara ini dibangkitkan kerana terdapat satu game mobile diinspirasikan oleh Harry Potter berjudul Harry Potter: Hogwarts Mystery dibangunkan oleh Jam City dikecam teruk kerana setiap tahap game itu dihalang oleh ‘dinding’ microtransaction. Game ini amat menjengkelkan saya kerana setiap kali saya habis guna ‘energy’ untuk jampi mantera, saya kena tunggu berjam-jam untuk pulih balik melainkan saya beli energy menggunakan duit betul di stor.

Bila Harry Potter: Wizards Unite nak keluar?

Buat masa sekarang, game mobile AR belum lagi ada tarikh rasmi tetapi korang boleh daftar ke laman rasmi mereka atau pra-daftar di Google Play Store (Android). Walaubagaimanapun, kami masih lagi tidak mengetahui jika Harry Potter: Wizards Unite akan ada tarikh pelancaran berbeza-beza mengikut kawasan rantau. 

Harry Potter: Wizards Unite akan diumumkan kemudian pada tahun ini dan boleh dimainkan secara percuma di Android dan iOS.

RELATED NEWS

+