Hasil jualan Mass Effect Legendary Edition melebihi jangkaan EA

Hasil jualan Mass Effect Legendary Edition dikatakan melebihi jangkaan EA, kata penerbit itu semasa panggilan pelabur pada Rabu.

EA tidak berkongsi nombor jualan yang tepat untuk  Mass Effect Legendary Edition, tetapi ia dibuktikan di Steam di mana memaparkan jumlah kiraan pemain paling tinggi bagi permainan Mass Effect atau BioWare, iaitu seramai 59,817 pemain kedua selepas Apex Legends.

Selain itu, hasil jualan permainan It Takes Two juga mengatasi jangkaan EA. 

Walaupun dengan kejayaan permainan pemain tunggal EA ini, bagi permainan berbilang pemain masih mencatatkan penurunan hasil jualan yang agak besar.

Mereka menekankan untuk terus fokus pada servis permainan langsung dan bangunkannya sebagai ekosistem yang berterusan daripada sekadar mematuhi model jualan tradisional.

Jumlah pendapatan syarikat itu dikatakan berjumlah AS$ 1.55 bilion, meningkat 6% dari tahun lalu.

Ini adalah suatu yang menarik melihat kejayaan projek remaster permainan pemain tunggal EA, remake Dead Space. Eksekutif EA juga menyatakan, permainan Dead Space terbaru adalah salah satu permainan yang paling diminta selepas Skate.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+