Henry Cavill tunjuk kebolehan pasang PC gaming sendiri

Henry Cavill sudah terkenal sebagai seorang gamer yang gemar bermain permainan video seperti World of Warcraft dan siri Total War. Pelakon Superman dan The Witcher itu baru-baru ini memuat naik sebuah video menunjukkan dirinya memasang PC gaming sendiri.

Video tersebut dimuat naik di akaun Instagram Henry Cavill semalam. Dalam video bertempoh 5 minit 26 saat itu, Henry merakam dirinya memasang komputer tersebut bermula dengan meletakkan CPU di papan induk sehingga beliau menghidupkan komputer yang siap dipasang.

Pada permulaan video tersebut, Henry menunjukkan hampir semua komponen yang dibelinya dan jelas sekali beliau memilih komponen-komponen yang sangat berkuasa seperti kad grafik RTX 2080 Ti dan pemproses AMD Ryzen 9 3900X.

Satu perkara lucu yang berlaku dalam video tersebut ialah Henry membuat satu kesilapan di mana beliau memasang pam penyejuk CPU secara terbalik. Jika Geralt of Rivia pun membuat kesilapan ketika memasang PC, apatah lagi kita yang biasa-biasa ini.

Pada pendapat penulis, video ini membuktikan bahawa Henry bukan sekadar gamer biasa tetapi memang seorang PC gamer yang mempunyai minat yang mendalam terhadap hobinya.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+