Hero baharu, Novaria dan buff terhadap hero lama di patch 1.7.82

Baru-baru ini, MLBB melancarkan patch baharu iaitu patch 1.7.82 di Original Server.

Di patch baharu ini terdapat banyak perubahan baharu dilakukan.

Pertama sekali, hero baharu iaitu Novaria sudah pun dilancarkan. Novaria adalah seorang hero Mage boleh mengeluarkan damage yang besar dari jarak jauh.

Kedua, terdapat banyak perubahan untuk hero di mana ada beberapa hero yang tidak ramai orang pakai menerima buff manakala hero yang sering digunakan atau dikenakan sudah dikurangkan kekuatannya (nerf).

Alpha adalah hero yang menerima buff yang banyak di mana Passive, Skill 1, Skill 2 dan Ultimate akhirnya lebih kuat daripada patch sebelum ini.

Serangan Alpha kini bertambah dengan rombakan yang dilakukan oleh Beta di mana jika Alpha menyerang hero lawan, dia boleh membuat dua stack dan selepas itu, Beta akan mengeluarkan True Damage.

Sudah semestinya, dengan tambahan damage daripada skill lain, dia kini boleh bersaing dengan Exp Laner atau Jungler yang masih META pada patch ini.

Patch Notes 1.7.82 – Org Server
by u/ano-nomous in MobileLegendsGame

Minotaur pula akan mendapat buff di mana kini dia tidak memerlukan Rage untuk menggunakan Ultimate. Namun Skill 1 dan Skill 2 serta Cooldown untuk Ultimate akan dikenakan nerf.

Secara tidak sengaja, Valentina akan menerima buff kerana kini dia boleh mengambil Ultimate Minotaur dengan lebih mudah tanpa mengumpul Rage.

Hylos, Bane, Silvanna, Gatotkaca, Phoveus, Carmilla dan Guinevere akan turut menerima buff supaya lebih ramai lagi pemain menggunakan hero-hero ini di Ranked ataupun kompetitif.

Manakala hero yang sering digunakan ataupun dikenakan ban di Ranked dan kompetitif seperti Arlott, Joy, Kaja, Faramis, Gloo dan Lapu-Lapu akan dikurangkan kekuatan kerana mereka terlalu kuat dalam patch sebelum ini.

Walaupun Kimmy tidak digunakan di kompetitif namun di Ranked dia boleh dikatakan sebagai satu hero yang kuat dengan item yang betul.

Salah satu perubahan di dalam patch ini adalah pertukaran dalam permainan dan secara spesifik ialah di Gold Lane.

Kini hero yang berada di Gold Lane akan mendapat Gold yang berkurangan daripada Siege Minion.

Perubahan ini dilakukan kerana pada patch lepas, Gold Laner boleh farm dengan lebih laju dan menjarakkan Gold mereka daripada Jungler.

Jungler pula akan menerima Gold yang lebih banyak selepas membunuh creep di hutan untuk memastikan mereka lebih kuat pada fasa awal permainan.

Ini memaksa Gold Lane untuk farm dengan lebih lama dan mengurangkan peluang untuk mereka lebih kuat pada fasa awal permainan.

Untuk item pula, dua item daripada ‘Trinity Build’ iaitu Demon Hunter Sword dan Golden Staff akan dikenakan nerf kerana hero Attack Speed mendapat kelebihan jika mereka mendapat item ini dengan lebih awal.

Bukan itu sahaja, item penting untuk Jungler iaitu Cursed Helmet dan juga komponennya iaitu Molten Essence akan dikenakan nerf pada fasa awal serta pertengahan permainan.

Untuk Roamer, mereka kini boleh menjual semula Roaming Blessing secara percuma pada 30 saat pertama.

Akhir sekali, MSC Pass akan dijual pada 5 Jun di mana Atlas adalah hero untuk skin ekslusif untuk edisi kali ini.

Adakah patch ini akan merombak meta di Ranked dan kompetitif?

RELATED NEWS

+