Hero baru Mobile Legends: Aamon, adik kepada Gusion

Benedetta adalah hero Assassin terakhir dikeluarkan di Mobile Legends sebelum kedatangan hero baru iaitu Aamon, adik kepada Gusion.

Aamon dikatakan mempunyai penampilan kurang sama seperti abangnya; kacak, licik dan penuh dengan muslihat.

Beliau juga menggunakan dagger sama seperti Gusion namun skillnya adalah berbeza. Sebagai contoh, kuasa pertama Aamon membolehkannya melancarkan beberapa dagger ke arah seorang musuh dan meninggalkan dagger di tanah.

Jika Aamon mengambilnya, ia akan memberikan efek halimunan (invisibility) dan tidak boleh disasarkan.

Kuasa keduanya pula adalah membaling dagger dan jika terkena, dagger itu akan pulang kembali dan memberikan halimunan. Jika tak terkena sasaran, dagger itu akan tetap kembali tapi lebih lambat.

Ultimatenya pula seperti Brody dengan melancarkan kesemua dagger ke arah musuh. Namun, berdasarkan video, ia kelihatan akan terkena pada maksimum dua musuh saja.

Semua kuasa Aamon berkait rapat dengan pasif. Jika beliau mempunyai sekurang-kurangnya satu stack, serangan biasa akan bertukar menjadi magic. Jika stack penuh, lebih banyak dagger akan dikeluarkan ketika ulti.

Secara keseluruhannya, Aamon kelihatan seperti Natalia + Brody namun beliau tak mempunyai gap closure seperti Gusion. Salah satu caranya adalah menggunakan invisibility untuk dekat dengan musuh.

Hero ini masih belum dilancarkan dan berada di advanced server. Kemungkinan beliau akan hadir ke Land of Dawn selepas Natan.

Foto: SPIN Esports

RELATED NEWS

+