Hero Crossover Pertama AOV & Contra: Return, Elsu Boleh Didapatkan Bermula Esok

Crossover antara dua games bukanlah perkara yang baru tapi ia cukup menarik untuk diasaksikan!

Hari ini, Garena AOV dan Garena Contra: Return akan melancarkan hero crossover pertama bermula esok! Dinamakan Elsu, hero ini dah pun dilancarkan di server Thailand dan akan tiba di Malaysia, Singapura, Filipina, Taiwan dan Indonesi pada 20 Oktober.

Marksman ini akan jadi kegemaran pemain profesional kerana jarak serangannya yang jauh dan damage output yang tinggi. Positioning yang betul boleh membuatkan hero ini sukar untuk dikalahkan!

Sempena dengan pelancaran Elsu, AOV dan Contra: Return akan hos satu acara bersama yang mampu mengeratkan hubungan antara komuniti dua permainan ini.  Selain itu, Elsu Lucky Draw Campaign ini akan memberikan pemain peluang mendapatkan Elsu secara kekal dalam Contra: Return dan skin Executioner dalam AOV ataupun… Razer Phone 2!

Untuk maklumat lanjut tentang event ini, korang boleh klik SINI!

 

Apa tunggu lagi, log masuk bermula esok untuk memenangi ganjaran menarik ini.

RELATED NEWS

+