Terdapat banyak hero di dalam Mobile Legends Bang Bang tetapi tidak semua hero yang berpotensi untuk dikenakan ban semasa M3 World Championship nanti.
Adakah akan berlaku perubahan pemilihan hero di M3 nanti terutamanya di playoffs?
Walaupun ada beberapa hero yang mendapat buff atau dikenakan nerf, namun perubahan ini tidak bermakna akan mengubah gaya permainan pemain profesional di M3.
1. Valentina
Valentina bakal menggegarkan M3 World Championship di playoff nanti.
Hero ini menjadi meta untuk banyak pasukan dan sudah pasti disebabkan Valentina mampu bermain di semua role dan lane.
Mempunyai Ultimate yang mampu meniru ulti pihak lawan bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggani.
Walaupun sukar untuk digunakan, Valentina mampu menjadi karakter yang berbahaya apabila berada di tangan yang betul.
2. Hayabusa
Hayabusa masih menjadi jungler yang mengerikan.
Nerf yang sudah dikenakan masih tidak membuat Hayabusa lemah.
Dengan mobiliti yang cepat dan kuat, Hayabusa mampu medapatkan kill dengan pantas dan mengejut.
3. Aamon
Salah satu hero assassin yang masih overpowered. Aamon yang sering kali mendapat ban di rank malah secara kompetitif juga.
Kebolehan untuk Camouflage sering menjadi punca masalah untuk ramai pasukan profesional.
Kombo dari Aamon mampu membuat pihak lawan terus mati. Aamon semestinya akan menjadi hero yang akan selalu mendapat ban nanti.
4. Mathilda
Mathilda masih menjadi salah satu midlaner atau roamer yang kuat.
Walaupun sudah mendapat nerf namun kemahiran Mathilda terlalu efektif di dalam Mobile Legends.
Dengan kemampuan untuk keluar dan masuk dengan mudah ditambah dengan keupayaan untuk menyasarkan musuh dengan mudah.
Tidak hairan di M3, Mathilda bakal menjadi hero yang akan selalu mendapat ban nanti.
5. Esmeralda
Esmeralda masih lagi popular dan menjadi hero yang kuat untuk digunakan dalam pasukan.
Nyata Esmeralda mampu menjadi hero yang bakal membawa masalah nanti kepada pihak musuh yang lain di M3.
6. Beatrix
Beatrix adalah hero yang selalu dimainkan di liga-liga profesional Mobile Legends.
Sebelum ini Beatrix mempunyai bug yang membuat dia sangat kuat, namun sudah dibaiki dan menerima sedikit buff.
Berkemungkinan Beatrix dapat memberi impak yang besar di M3 nanti akibat damage yang tinggi.
Hero-hero apa lagi yang anda rasa layakuntuk mendapat ban di M3 nanti?