Posisi marksman memainkan peranan penting di dalam pasukan, marksman memerlukan farming  yang cukup untuk membantu pasukannya di fasa pertengahan dan akhir permainan."> Posisi marksman memainkan peranan penting di dalam pasukan, marksman memerlukan farming  yang cukup untuk membantu pasukannya di fasa pertengahan dan akhir permainan." /> Posisi marksman memainkan peranan penting di dalam pasukan, marksman memerlukan farming  yang cukup untuk membantu pasukannya di fasa pertengahan dan akhir permainan." />

“Hero kegemaran saya adalah Beatrix kerana damage burst yang tinggi.” – Panda

Posisi marksman memainkan peranan penting di dalam pasukan, marksman memerlukan farming  yang cukup untuk membantu pasukannya di fasa pertengahan dan akhir permainan.

Seperti kita sedia maklum, Panda juga adalah salah seorang pemain marksman yang cukup hebat, lihat sahaja bagaimana dia menggunakan hero seperti Claude dan Beatrix yang membantu pasukannya menentang juara musim ke-9 MPL MY iaitu Todak.

Menurut Panda, dia sangat gemar menggunakan Beatrix kerana hero itu mempunyai damage yang besar.

“Hero kegemaran saya adalah Beatrix kerana ia mampu menghasilkan damage yang besar (burst) sekaligus mempunyai kelajuan tembakan yang tinggi.” ujar Panda.

Dia juga berkongsi tips bagaimana ingin menjadi pemain yang bagus di dalam menggunakan hero marksman kepada pihak kami MyGameOn.

“Kemahiran yang diperlukan di dalam penggunaan hero marksman adalah mereka perlu menjaga jarak semasa pertarungan berlaku, ini akan memberikan mereka kelebihan untuk mengeluarkan damage yang besar dan tidak ditumbangkan oleh pihak musuh.

“Selain itu, pemain marksman juga harus sangat peka terhadap peta kerana dikhuatiri akan dikepung oleh pihak musuh.” tambahnya.

Akhir sekali, panda memberikan tips bagaimana ingin berjaya ketika bermain secara solo di mode ranked.

“Tips untuk pemain solo que adalah mereka perlu bermain posisi seperti jungler atau gold lane supaya boleh mengendong pasukan mendapatkan kemenangan.” akhiri Panda.

Foto: MOONTON Games

 

RELATED NEWS

+