Heroes of Newerth akan kembali?

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Heroes of Newerth (HoN), antara permainan video MOBA yang pernah popular bersama-sama Dota dan League of Legends suatu ketika dahulu.

Foto: S2 Games

Dua hari lepas laman rasmi HoN di X/Twitter telah membuat satu ciapan menunjukkan gambar telur phoenix yang melambangkan kehidupan semula.

Hal ini membuatkan ramai peminat-peminat HoN membuat spekulasi bahawa HoN akan kembali dan berkemungkinan besar ia adalah HoN 2.

Heroes of Newerth dibangunkan oleh S2 Games dengan inspirasi mod popular Warcraft III iaitu Defense of the Ancients dilancarkan pada tahun 2010.

Pada tahun 2015, HoN beralih ke studio Frostburn Studios dan akhirnya ditutup pada Jun 2022.

Ramai peminat mengharapkan HoN kembali sebagai salah satu lawan MOBA besar.

Walaupun server rasminya  ditutup, HoN masih boleh dimainkan di private server komuniti.

RELATED NEWS

+