Heroes of Newerth ditamatkan selepas 10 tahun

 Heroes of Newerth suatu masa dahulu antara permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) paling banyak dimainkan selain daripada Dota dan League of Legends.

Ketika keluarnya HoN, pusat kafe siber di seluruh Malaysia dipenuhi pemain HoN dan juga Dota All-Stars.

Namun, satu berita menyedihkan dari S2 Games, Heroes of Newerth bakal menutupkan semua pelayan (server) dan akaun sosial media bermula 20 Jun 2022 nanti.

Dilancarkan pada 12 Mei 2010, permainan ini akhirnya akan melabuhkan tirai.

Anda masih boleh membuat akaun baru sehingga 31 Disember ini dan setap permainan akan 10 kali ganda Silver Coin.

Heroes of Newerth adalah MOBA yang keluar disebabkan kejayaan Dota All-Stars dari Warcraft III dan keluar setahun selepas League of Legends.

Permainan MOBA ini menjadi revolusi ketika itu dengan grafik yang lebih menarik dan banyak membawa inovasi baharu.

Ramai pemain-pemain profesional Dota 2 seperti N0tail, s4, PPD, EternalEnvy, zai dan lain-lain memulakan karier dengan HON ini.

Terima kasih HoN kerana melahirkan rasa minat kepada genre MOBA yang berpanjangan.

RELATED NEWS

+