Heroes Of Newerth (HoN) Akan Ditutup? Patch Terakhir Akan Dikeluarkan 26 Februari Ini

Heroes of Newerth (HoN) adalah MOBA pertama yang berasal dari peta custom dalam Defence of the Ancients (Dota) bagi Warcraft 3.

Selepas Dota 2 dilancarkan, ada pertelingkahan antara dua komuniti permainan ini walaupun keduanya diterima baik oleh pemain profesional dan kasual.

HoN dilancarkan oleh S2 Games pada Mei 2010. Pada Julai 2011, ia boleh dimainkan percuma dan Dota 2 pula membuat kejutan kepada semua dengan kejohanan The International pertama pada Ogos. Walaupun ia menawarkan hadiah wang tunai terkumpul yang tinggi dan percuma untuk dimainkan bagi Dota 2, HoN terus ‘hidup’ dengan komunitinya yang cukup setia. Pada 2015, Garena membeli HoN dari S2 Games dan memberikan hak pembangunan kepada Frostburn Studios.

HoN mempunyai grafik lebih baik berbanding Dota 1 dan juga hero unik dihasilkan sendiri. Kredit: MMOHut

Semalam, pembangun HoN mengatakan ini adalah kemaskini gameplay terakhir untuk Heroes of the Newerth. Versi 4.7.3 akan dilangsungkan pada 26 Februari ini dan mengandungi perubahan utama dan paling besar dalam sejarah HoN.

Patch seterusnya mungkin akan dibuat jika ada perlu dan ia hanya fokus pada bug fixes ataupun keseragaman permainan (balance),

HoN membawakan Dota 2 beberapa pemain yang cukup hebat. Antaranya Johan “N0tail” Sundstein, Tal “Fly” Aizik, Kalle “Trixi” Saarinen dan Adrian “Era” Kryeziu yang juga hadir bersama dengan Fnatic dari HoN ke Dota 2, bermula 2012.

Kyle Freedman dan adiknya Zakari “Zfreek” Freedman yang juga dua pemain HoN berjaya yang sekarang memfokuskan karier Dota 2. Kyle kini cemerlang sebagai pengulas dan selalu dijemput untuk acara besar.

Disebabkan HoN yang mungkin akan menutup tirai, ramai ahli komuniti Dota 2 yang tertanya jika hero-hero dalam permainan ini dipindahkan ke Dota 2 juga. Ramai juga tertunggu jika ia menjadi kenyataan.

Penulis sendiri pernah bermain HoN untuk jangka masa yang lama sebelum Dota 2 keluar dan sudah tentunya grafik, hero unik dan faktor percuma menyebabkan permainan ini digilai di kafe siber suatu ketika dulu.

RELATED NEWS

+