Hitman III akan tiba di PC dan konsol pada Januari 2021

IO Interactive telah mendedahkan judul seterusnya dalam siri permainan video Hitman. Ia bertajuk Hitman III dan merupakan konklusi kepada trilogi World of Assassination yang bermula dengan Hitman (2016) dan disambung oleh Hitman II (2018).

Menurut IO Interactive, watak utama Agent 47 akan melakukan kontrak-kontrak pembunuhan paling penting dalam kerjayanya dalam Hitman III. Antara kontrak yang perlu dilakukan akan membawa dirinya ke Dubai.

Hitman III akan dilancarkan pada Januari 2021 di PC, PlayStation 4 (PS4), PlayStation 5 (PS5), Xbox One, dan Xbox Series X.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+