Hitori No Shita: The Outcast diumumkan untuk iOS dan Android

Permainan peranti mudah alih kini semakin berkembang dengan pesat di kalangan remaja dan orang dewasa.

Mereka lebih memilih permainan peranti mudah alih kerana ianya mudah dibawa ke mana-mana berbanding komputer peribadi (PC) yang perlu dipasang di sesuatu tempat.

Walaupun grafik permainan peranti mudah alih sering dibandingkan dengan komputer peribadi yang dikatakan lebih hebat.

Namun begitu, permainan seperti Hitori No Shita: The Outcast membuktikan sekali lagi bahawa grafik permainan peranti mudah alih juga boleh mencapai ke arah generasi yang lebih hebat.

Diadaptasi dari anime di atas nama yang sama. Permainan ini menunjukkan prestasi seni mempertahankan diri yang pantas dan disusuli dengan visual yang sangat cantik untuk permainan peranti mudah alih.

Lihat sahaja pergerakan karakter utama di dalam trailer di atas, ia sangat lincah dan penuh dengan aksi.

Apakah pandangan anda tentang grafik Hitori No Shita: The Outcast? Adakah anda rasa ianya mampu untuk menarik perhatian pengguna komputer peribadi yang belum pernah mencuba permainan peranti mudah alih. Nyatakan pendapat anda di ruangan komen.

Sumber: IGN

RELATED NEWS

+