HOK akan lebih ‘localize’, rancang untuk menyertakan budaya dan hero tempatan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Tencent Games merancang untuk menggerakkan inisiatif memasukkan budaya tempatan ke dalam Honor of Kings bagi memastikan permainan mudah alih itu lebih diterima ramai.

Dalam satu sidang media di Sunway College sebentar tadi, Pengarah Honor of Kings Asia Tenggara bahagian Penerbitan dan E-Sukan, Level Infinite, John Zhang mengatakan pihaknya dalam perancangan untuk menggerakkan inisatif menyertakan budaya tempatan sejajar dengan pelancaran HOK di peringkat global.

“Kita sedia maklum kesemua karakter berinspirasikan dari China. Jika kami mahu melangkah keluar (meluaskan pengaruh di rantau lain), kami perlu menghargai budaya tempatan dan bahasa.

“Selain menyediakan fungsi audio dalam bahasa tempatan yang sekarang tular di Malaysia, Filipina, kami juga berminat untuk memasukkan budaya tempatan contohnya hero dan juara tempatan,” katanya.

Dia juga berkata HOK mempunyai misi untuk menjadi salah satu pesaing terbesar di rantau Asia Tenggara bagi kategori mobile MOBA.

Sejak dilancarkan pada 20 Jun, HOK juga memperkenalkan banyak inisiatif e-sukan antaranya HOK Invitational S2 yang mengumpulkan pasukan terhebat dari MENA, Asia Tenggara, LATAM dan lain-lain rantau.

Dengan hadiah wang tunai terkumpul RM1.4 juta (AS$300 ribu), ia menunjukkan komitmen Tencent untuk kekal bersaing dalam industri e-sukan ini di samping menyediakan platform kepada lebih ramai atlet bertanding terutamanya di Malaysia yang sudah lama menantikan keluarnya versi global.

Di samping itu, Tencent juga akan memfokuskan kepada Mid Season Invitational x Esports World Cup yang akan bermula Ogos ini. Ia menjadi satu penanda aras bagi kemampuan pasukan Malaysia iaitu LGD Gaming MY dan Team Secret menunjukkan potensi pasukan Malaysia di persada antarabangsa.

RELATED NEWS

+