LGD GAMING MY SATU-SATUNYA WAKIL MALAYSIA BERTAHAN!
Nampaknya LGD Gaming MY akan pikul harapan Malaysia di Honor of Kings Invitational Midseason x EWC selepas dua pasukan Malaysia, Weibo Gaming MY dan Team Secret ditunjukkan jalan keluar di pusigan suku akhir semalam.
LGD MY bakal bertarung dengan pasukan Brazil, Vivo Keyd Stars (VKS) di pusingan semi final pada jam 5 petang ini (GMT+8).
Jika menang, mereka akan terus melangkah ke grand final untuk merebut gelaran juara yang bakal bawa pulang AS$1 juta (RM4.4 juta).
Pusingan grand final akan bermula pada jam 11:30 malam ini namun, pusingan semi final kedua antara China dan Hong Kong bakal berlangsung terlebih dahulu pada jam 8 malam.
HOK Invitational Midseason x EWC mengumpulkan 12 pasukan terbaik di dunia merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$3 juta (RM13.7 juta).
Ia berlangsung di Riyadh, Saudi dari 2 Ogos dan menjadi satu-satunya kejohanan HOK terbesar yang menggunakan server global.
Foto: MyGameOn, HOK Global Esports, Esports World Cup