MISI JADI JUARA DUNIA!
Malaysia kini mempunyai peluang cerah untuk ke grand final Honor of Kings Invitational Midseason x EWC selepas berjaya ke playoffs kejohanan itu bermula hari ini.
Berdasarkan cabutan dibuat, LGD Gaming MY dan Weibo Gaming MY berada di kelompok berbeza berbanding ‘final boss’, KPL Dream Team. Mereka akan bertembung antara satu sama lain di semi final jika kedua-duanya menang di suku akhir ini.
Manakala laluan Team Secret sedikit sukar kerana bakal berjumpa KPL jika kedua-dua pasukan ini menang di suku akhir. Ini adalah pusingan knockout dan pasukan yang kalah akan terus tersingkir.
HOK X EWC mengumpulkan hadiah wang tunai terkumpul AS$3 juta (RM13.7 juta).
Saksikan siaran langsung di Youtube Honor of Kings Malaysia Official ya.
Waktu perlawanan:
⏰ LGD Gaming MY vs Loops – 5PM (GMT+8)
⏰ Weibo Gaming MY vs VKS – 9PM (GMT+8)
⏰ KPL vs IMP – 7PM (GMT+8)
⏰ TS vs AG – 11PM (GMT+8)
Foto: Esports World Cup, HOK Global Esports