Homebois dan RSG Slate MY dominan di hari pertama MPL MY S11

Pada hari pertama MPL MY Musim ke-11, Homebois dan RSG Slate MY berjaya menewaskan lawan mereka di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Homebois yang berhadapan juara musim ke-10 iaitu Team Haq berjaya mengawal perlawanan dari minit pertama sehingga tamat permainan.

Import baharu Homebois, Warlord dan Barbossa menunjukkan keserasian yang baik dengan masing-masing menggunakan Khufra dan Pharsa.

Jurulatih mereka, Dale tampil dengan draft yang berbeza pada game kedua dan Homebois berjaya mengawal map sejak minit pertama.

Garyy yang bermain Hayabusa diganggu oleh Hilda tidak dapat bermain macam biasa dan dia jauh ketinggalan dari segi level dan gold.

Panda nampak bergelut bermain sebagai roamer untuk Team Haq dan kedua-dua permainan tamat sebelum minit 15.

Dalam perlawanan kedua, debut Team Secret berakhir dengan kekalahan selepas RSG Slate MY tidak memberi peluang kepada pasukan baharu itu.

Jurulatih mereka, Amoux menggantikan tempat pemain import mereka iaitu KingSalman dan Santi Sucre dan bermain sebagai seorang roamer.

Perlawanan pertama menunjukkan yang Team Secret tidak dapat menahan serangan bertubi-tubi daripada RSG Slate MY dan tewas mudah dalam masa 10 minit.

Namun pada perlawanan kedua, Team Secret tidak memberikan lawan yang mudah kepada RSG Slate MY dan berjaya mengawal fasa awal permainan.

Team Secret bermain lebih baik daripada perlawanan pertama dengan Box yang menggunakan Lancelot Tank berjaya membuka banyak skills daripada pasukan RSG Slate MY. 

Pada minit 25, Lolealz yang menggunakan Moskov berjaya split push tower dan mengiringi minion lalu menghancurkan kristal Team Secret.

Pada hari kedua, Team Lunatix dengan muka baharu akan bertemu Madness Esports  manakala Wakil M4, Todak akan berjumpa dengan juara musim ke-8 iaitu SMG dan Yoodo Red Giants akan bertemu dengan Red Esports.

RELATED NEWS

+