HomeBois kunci slot ke Upper Bracket suku akhir

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

HomeBois  berjaya mengunci slot ke Upper Brackets suku akhir selepas mereka berjaya mendapatkan mata untuk masuk ke Top 4.

Ini selepas Homebois menang dengan skor 2-1 menentang Red Esports.

Ia juga dipengaruhi oleh dua pasukan lawan iaitu RSG Slate MY dan Team Lunatix yang tewas kepada lawan mereka dengan skor 2-0.

Ini meletakkan Homebois di tangga ketiga dengan 17 mata meninggalkan Red Esports di tangga keempat dengan perbezaan 3 mata.

Red Esports mempunyai satu kelebihan di slot Top 4 namun memerlukan keputusan daripada perlawanan lain.

Mereka memerlukan Red Giants Esports untuk sekurang-kurangnya tewas satu perlawanan di siri menentang Team Haq.

Red Giants Esports memerlukan 3 mata penuh untuk memaksa Tiebreaker di antara Red Esports.

Foto: HomeBois

RELATED NEWS

+