Pada minggu kedua Liga Profesional (MPL MY) musim kesebelas, perlawanan di antara Homebois menentang Red Giants Esport terhenti akibat masalah teknikal yang berlaku ketika perlawanan berlangsung."> Pada minggu kedua Liga Profesional (MPL MY) musim kesebelas, perlawanan di antara Homebois menentang Red Giants Esport terhenti akibat masalah teknikal yang berlaku ketika perlawanan berlangsung." /> Pada minggu kedua Liga Profesional (MPL MY) musim kesebelas, perlawanan di antara Homebois menentang Red Giants Esport terhenti akibat masalah teknikal yang berlaku ketika perlawanan berlangsung." />

HomeBois menang sebab perbezaan dari segi gold, turret dan KDA hero – jawatankuasa MPL MY

Pada minggu kedua Liga Profesional (MPL MY) musim kesebelas, perlawanan di antara Homebois menentang Red Giants Esport terhenti akibat masalah teknikal yang berlaku ketika perlawanan berlangsung.

Pada game kedua di antara kedua-dua pasukan ini, HomeBois yang memenangi game pertama mendahului dari segi gold serta mata bunuh dan bersiap sedia untuk mengambil Lord.

Tiba-tiba perlawanan itu terhenti selepas para pemain mengalami masalah teknikal yang membuatkan mereka tidak boleh bergerak. 

Perlawanan ini ditangguhkan selama 20 minit sebelum jawatankuasa MPL MY membuat keputusan untuk memberi kemenangan kepada HomeBois

Dalam laporan rasmi daripada MPL MY, mereka berkata bahawa kedua-dua pasukan tidak boleh log masuk semula ke dalam permainan dan mereka terpaksa membuat keputusan mengikut peraturan.

Mengikut seksyen 9.8 dalam peraturan permainan, HomeBois diisytihar sebagai pemenang dengan mengikut dari perbezaan gold, perbezaan menara yang masih ada dan perbezaan dari segi KDA hero.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Red Giants Esports bersetuju dengan keputusan yang dilakukan oleh jawatankuasa MPL MY dan perlawanan itu berakhir dengan keputusan 2-0 memihak kepada HomeBois.

Dengan kemenangan ini, HomeBois masih berada di tangga teratas liga dengan sembilan mata dan pesaing mereka, Team SMG berada di tempat kedua selepas menewaskan juara musim ke-7, RSG Slate MY dengan keputusan 2-0.

Foto: MPL MY 

RELATED NEWS

+