Honkai Impact 3 Versi 4.8 [The Phantom of the Theater] dan Battlesuit S-Rank Baru Seele [Starchasm Nyx] pada 27 Mei!

Shanghai: miHoYo mengumumkan Honkai Impact 3 akan melancarkan versi baru v4.8 ‘The Phantom of the Theater’ pada 27 Mei ini. Battlesuit S-Rank ‘Starchasm Nyx’ turut hadir untuk para pemain. Anda boleh melihat video acah di bawah:

Kemaskini baru ini juga mendatangkan beberapa acara baru seluruh server seperti ‘Stan Wars’ dan babak cerita baru ‘The Legion Theater’. Untuk Stan Wars  juga membolehkan anda untuk mengundi karakter kesukaan anda dalam Honkai Impact 3.

Stan Wars ini merupakan pertandingan pertama untuk mengundi karakter kesukaan masing-masing yang selama ini sentiasa menjadi pendebatan yang hebat antara pemain Honkai Impact 3.

S-Rank battlesuit ‘Starchasm Nyx’ juga akan datang semasa versi baru ini. Sebagai QUA battlesuit, Seele boleh membuat serangan ais yang tinggi dengan sabit besar dalam Burst mode.

Jangan lupa sertai  lebih banyak acara, misi dan cabaran baru untuk mendapatkan Valkyrie Fragvyom [S], stigma, pakaian, dan Crystals secara percuma.

Maklumat lanjut boleh layari di laman web Honkai Impact 3.

RELATED NEWS

+