Honor 20 Dilancarkan – Berharga RM1,699 Dengan Kamera 48-Megapixel

Semalam, HONOR Malaysia melancarkan flagship HONOR 20 Series di Malaysia bersama duta baru mereka, Wonder Girl, Mira Filzah.

Berharga RM1,699, HONOR 20 akan hadir dalam dua variasi warna, Midnight Black dan Sapphire Blue.

Apa yang menarik tentang peranti terbaru dari HONOR ini ialah kamera 48MP AI Quad Camera dengan keupayaan menangkap gambar cantik pada waktu siang hari. Selain itu, ia turut dilengkapi 16 megapiksel kamera bercirikan super wide-angle, 2 megapiksel kamera makro untuk menangkap gambar dengan jarak paling dekat 4cm dan juga 2 megapiksel depth sensor.

Yang menarik, HONOR juga mempunyai mod AIS Super Night dengan apertur F1.4. Ia boleh menangkap gambar pada waktu malam dengan lebih jelas dan lebih pencahayaan dan kurang noise. 

Bagi kamera depan, korang boleh selfie tanpa henti dengan kamera 32 megapiksel serta menangkap video dalam 1080p. Tiada gegaran nyata dengan Optical Image Stabilisation (OIS). 

Bagi rekaannya yang dinamakan Dynamic Holographic Design, ia adalah yang pertama dalam sejarah Honor untuk rekaan multi-dimensional menggunakan glassback. Kalau korang perhatikan peranti ini depan-depan, memang cantik dan elegan!

Ia juga tak begitu besar kerana mempunyai screen-to-body ration sebanyak 91.7% dengan saiz 6.26 inci. Kamera depan pula hanya berukuran 4.5mm jadi ia tak menghalang pengalaman korang membelek peranti tersebut. Bagi pengimbasan cap jari, ia diletakkan di tepi rangka aluminium yang mana korang boleh unlock dengan sepantas kilat apabila memegang phone

Peranti ini didatangkan dengan 6GB RAM dan storan 128GB.

Kapasiti baterinya iaitu 3,750 mAh juga membolehkan peranti ini tahan lama ditambah lagi dengan GPU Turbo 3.0 untuk bermain Mobile Legends, AOV, PUBG Mobile, Fortnite dan lain-lain permainan mudah alih dengan lebih lancar.

HONOR 20 Series akan hadir di Malaysia tak lama lagi. Korang boleh rujuk di http://hihonor.com/my dan Facebook mereka https://www.facebook.com/HonorMY/.

RELATED NEWS

+