Honor of Kings baru-baru ini mengumumkan kolaborasi mereka bersama jenama minuman popular, CHAGEE pada 19 Julai lalu. Terdapat minuman istimewa untuk peminat menikmatinya di 115 cawangan CHAGEE seluruh negara.
Minuman itu adalah Siri Fruit Tea iaitu Minty Citrus Jasmine Tea dan Citrus Jasmine Tea. Pembeli juga boleh menebus merchandise eksklusif iaitu coaster dan tote bag.
Bagi anda yang membeli minuman Fruit Tea ini dengan saiz L, anda boleh mendapatkan cup sleeve eksklusif manakala coaster pula hanya tersedia untuk siri minuman Fruit Tea yang baharu.
Tote bag boleh didapatkan dengan pembelian berharga RM40 dan ke atas untuk satu resit (termasuk Citrus Jasmine Tea) sahaja.
“Kolaborasi ini adalah satu bukti yang menunjukkan populariti luar biasa Honor of Kings. Ia adalah gabungan menarik untuk gaming dan minuman. Kami tidak sabar melihat reaksi pemain dan peminat untuk kolaborasi ini,” kata Eugene Chin, Country Manager (Malaysia), Tencent Games.
Selain itu, pemain boleh memainkan pertandingan 1v1 di outlet CHAGEE terpilih dari jam 1 petang ke 5 petang untuk mendapatkan ganjaran eksklusif dari CHAGEE dan Honor of Kings.
20-21 Julai IOI City Mall
27-28 Julai Setia City Mall
3-4 Ogos Pavilion Bukit Jalil
10-11 Ogos Central I-City