Honor of Kings berkolaborasi dengan KOI untuk menu minuman masa terhad dan acara ‘offline’!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Honor of Kings dan jenama air minuman, KOI kini bekerjasama untuk memperkenalkan menu minuman masa terhad iaitu Golden Cudgel Mango Green Tea melambangkan Wukong dan Petals Strawberry Green Milk Tea melambangkan Diaochan.

Bermula hari ini hingga 4 Disember, anda boleh mendapatkan minuman kolaborasi ini di 23 outlet KOI dan berpeluang memenangi merch eksklusif Honor of Kings menerusi perlawanan 1 lawan 1.

Anda juga boleh membeli satu minuman kolaborasi ini untuk mendapatkan scratch card dan sticker karakter atau beli dua minuman kolaborasi dan dapatkan phone gripkeychain dan bantal percuma dari 21 November hingga 4 Disember.

Luangkan hari anda bersama cosplayer kegemaran di KOI Thé!

Dapatkan dua cawan atau lebih di outlet KOI Thé di Sunway Pyramid atau Queensbay Mall menampilkan cosplayer terkenal Baobao, Josette, Rynna dan Jiajia!

 

Mereka akan berlakon menjadi Pengurus Stor dan akan mengambil pesanan menu dari 10 pelanggan bertuah pada hari itu.

Acara bermula pada 23 November dari jam 10 pagi hingga 3 petang dan anda boleh dapatkan merch eksklusif HOK serta kad photo dari cosplayer ini.

Sertai cabaran epik dan menang ganjaran lumayan!

Anda boleh menyertai perlawanan 1 lawan 1 pada 24 November di outlet KOI Thé TRX dan pada 30 November dan 1 Disember di outlet KOI Thé di Cheras Leisure Mall untuk memenangi ganjaran eksklusif.

Tangkap gambar bersama cosplayer kegemaran dan cuba menu minuman masa terhad ini serta dapatkan merch percuma.

RELATED NEWS

+