Honor of Kings baru-baru ini menukar peraturan untuk roster satu pasukan.
Perubahan ini dibuat untuk memastikan pemain tempatan mendapat lebih banyak peluang bertanding.
Pertandingan tempatan juga akan lebih seimbang dan paling penting meningkatkan semangat kenegaraan.
Komuniti juga akan lebih rapat jika pasukan mereka berlawan di persada dunia nanti.
Ini adalah perubahan peraturan roster tahun 2025:
Hanya seorang sahaja pemain import dibenarkan untuk setiap satu pasukan.
Peraturan baharu:
1. Roster Pemain
Setiap pasukan hanya boleh mempunyai 5-7 pemain sahaja dalam satu pasukan.
2. Peraturan Import
Setiap pasukan hanya dibenarkan satu pemain import sahaja.
Pemain import itu perlu berada dibawa kontrak pasukan itu dengan minima 6 bulan.
3. Keperluan Regional
3.1 Setiap pasukan mesti mempunyai dua pemain tempatan untuk mewakili negara
3.2 Setiap pasukan perlu mempunyai sekurang-kurangnya empat pemain yang berasal dari rantau itu.
4. Divisyen Regional
Sebagai cara untuk membezakan pemain import, ekosistem e-sukan Honor of Kings akan dibahagikan kepada 7 rantau.
- Asia Tenggara
- Amerika – Amerika Utara, Amerika Selatan; Brazil
- Eropah – Eropah Barat, Eropah Timur dan Turkiye
- MEA – Asia Tengah; Afrika
- Selatan Pasifik Asia – Korea Selatan, Jepun, Australia
- China
- Hong Kong, China; Macau, China; Chinese Taipei
Adakah perubahan ini baik untuk ekosistem e-sukan Honor of Kings nanti?