Honor of Kings menang Permainan Terbaik Google 2024 di Asia Tenggara (MY/ID/PH/SG)

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Honor of Kings baru sahaja dilancarkan di peringkat global pada tahun ini namun mereka berjaya mencipta fenomena tersendiri apabila dianugerahkan anugerah Permainan Terbaik Google Play 2024 di Asia Tenggara (ID, SG, PH, MY).

“Kami sangat bersyukur kepada Google Play untuk penganugerahan ini dan semestinya kepada komuniti di serata Asia Tenggara yang bermain Honor of Kings sejak awal pelancarannya dan menjadikan ia salah satu permainan paling popular di rantau ini,” kata Pengarah Honor of Kings, Dean Huang.

Sejak dilancarkan secara global, HOK dimuat turun oleh lebih 50 juta pemain dan menawarkan pelbagai aspek budaya tempatan contohnya alih suara ke Bahasa Melayu yang merangkumi loghat negeri-negeri di Malaysia dan kolaborasi bersama artis lokal serta atlet sukan ternama seperti Datuk Wira Lee Chong Wei.

Mereka juga pertama kalinya memperkenalkan hero baharu bertemakan budaya Indonesia iaitu Garuda Khageswara yang akan dilancarkan secara eksklusif untuk pasaran Indonesia pada awal tahun depan.

Baru-baru ini juga, pasukan Malaysia, Black Shrew Esports dinobatkan sebagai juara Honor of Kings Championship 2024 sekali gus menunjukkan kekuatan Malaysia di persada dunia.

RELATED NEWS

+