Horizon Forbidden West diumumkan untuk PS5, Aloy kembali menyelamatkan dunia

Horizon Zero Dawn boleh dikatakan sebagai antara permainan video paling disukai di PlayStation 4 (PS4). Sebuah sekuel kepada judul tersebut telah diumumkan di pembentangan PS5: The Future of Gaming baru-baru ini.

Horizon Forbidden West telah diumumkan dan ia akan dilancarkan di konsol PlayStation 5 (PS5) secara eksklusif. Malangnya, tiada tarikh pelancaran dikongsikan.

Nampaknya watak utama Horizon iaitu Aloy akan mengembara ke beberapa kawasan baharu di Amerika Syarikat versi pasca-apokaliptik seperti yang ditunjukkan dalam Horizon Zero Dawn.

Kali ini, terdapat sebuah tumbuhan merah yang telah merebak di kawasan-kawasan tersebut dan ia membunuh haiwan-haiwan dan tumbuhan lain di sekelilingny. Aloy harus mencari penyelesaian masalah ini untuk menyelamatkan dunia.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+