Hujung minggu percuma Rainbow Six Siege kembali lagi, boleh dimain dari 11 – 16 Jun

Konsep hujung minggu percuma bukan sesuatu yang baharu dalam dunia permainan video. Banyak penerbit dan pembangun menggunakannya sebagai demo atau percubaan percuma untuk mereka yang berminat mencuba sesuatu yang baharu.

Ubisoft sudah banyak kali menganjurkan hujung minggu percuma Rainbow Six Siege dan ia bakal kembali lagi pada hujung minggu ini. Judul tersebut boleh dimain secara percuma di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One bermula dari 11 Jun (9PM) sehingga 16 Jun (4AM) tahun ini.

Jika anda mahu mencuba judul ini, ia boleh dipra-muat (preload) sekarang. Kemajuan (progress) dalam tempoh percubaan percuma ini boleh dipindahkan ke versi penuh jika anda memutuskan untuk membeli Rainbow Six Siege.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Rainbow Six Siege.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+