Operation Apocalypse atau nama lamanya Hyper Front kini kembali dengan banyak perubahan baharu.
Permainan ini pada awalnya menjadi sedikit kontroversi kerana banyak ‘peniruan’ daripada VALORANT milik Riot Games.
Hyper Front yang sudah ditutup tahun lepas kembali dengan Operation Apocalypse iaitu permainan menembak taktikal 5 lawan 5.
Setiap hero akan mempunyai posisi masing-masing dengan set skill yang berbeza-beza dan juga senjata dalam tema budaya negara China.
NetEase selaku pengeluar masih belum membuat apa-apa pengumuman mengenai versi Global untuk dimainkan oleh orang ramai di serata dunia.
Anda boleh ke laman rasmi Operation Apocalypse di sini.
Adakah Operation Apocalypse bakal menjadi lebih baik dari Hyper Front?