Curve Digital dan Bossa Studios mengumumkan video acah baru untuk I Am Fish. Permainan video ikan ini merupakan penyambung legasi I Am Bread. Dulu boleh jadi roti, kini anda jadi ikan pula. Anda boleh lihat video acah di bawah:
I Am Fish merupakan permainan video pengembaraan berasaskan fizik. Menceritakan tentang empat ikan yang merupakan kawan baik dan cuma hendak bersama-sama seperti selalu.
Anda boleh menjadi ikan emas, piranha, ikan terbang dan ikan puffer. Setiap ikan mempunyai keistimewaan masing-masing. Jadi anda boleh berenang, terbang dan bergolek dan juga menggigit semua benda yang ada untuk melepaskan diri.
I Am Fish akan tiba di PC di pelantar Steam dan Xbox One tahun ini.