Ibu Bapa Menamakan Bayi Mereka “Google”, Terus Dipanggil Google Indonesia Untuk Terima Hadiah

Ada yang siang malam fikir nak letak nama apa dekat anak yang bakal lahir. Ada yang mudah je, terus namakan anak sebagai ‘Google’!

Itulah yang terjadi kepada sebuah keluarga Indonesia, pasangan Ella Karina dan Andi Cahya Saputra yang menamakan anak lelaki mereka kepada “Google”. Pada mulanya, Ella menentang cadangan suaminya, hanya memanggil anak sebagai “anak lelaki” pada beberapa bulan selepas lahir tapi lama-kelamaan terbiasa dengan sebutan itu.

Dalam satu temubual, Ella berkata, dia berharap anak lelakinya akan menjadi pemimpin kepada ramai orang.

“Saya harap dia jadi insan berguna, seorang pemimpin,” katanya.

“Di ruangan komen di media sosial, terkejut saya apabila ada orang mengatakan saya namakan dia (anak) Google sebab nak dapat bantuan kewangan ataupun sebab nak anak saya dipanggil bekerja di Google ataupun diberikan biasiswa oleh Google.ย 

“Saya ‘aminkan’ saja untuk mesej yang positif,” kata suaminya, Andi.

Memang kebiasaannya, bayi yang dinamakan sempena produk atau syarikat seperti Go-Pay atau Pajero Sport pernah menerima hadiah daripada syarikat tersebut. Sama seperti si kecil Google yang menerima hadiah daripada Google Indonesia berupaย jumper (peralatan untuk bayi duduk dan bermain) dengan catatan Google.

“Google Indonesia menghubungi kami dan menghadiahkan barangan ini. Mereka berharap anak lelaki kami dapat menjadi seorang yang berguna dan memberikan manfaat apabila dewasa nanti,” kata Ella.

Sumber: Kotaku

TAGS

RELATED NEWS

+