“Ibubapa saya tak kisah pasal sekolah, mereka cuma mahu saya menang main Dota,” – OG.ATF

Baru-baru ini Ammar “OG.ATF” Al-Assaf atau Ammar_The_F membuat kemunculan pertamanya bersama OG di DreamHack Dream League Dota 2021.

Selepas kemenangan 2-0 OG terhadap Team Secret mereka memanggil ATF untuk ditemubual sebagai bakat muda baru offlaner untuk pasukan OG.

Tambahan pula sebenarnya ATF tidak menyukai posisi Offlane tetapi masih bermain Offlane dengan sangat hebat dan mahu bermain posisi Carry.

Walaupun tidak berapa pandai bercakap dalam bahasa inggeris tetapi ATF menarik ramai peminat baru disebabkan temubual ini.

Sheever bertanya kepada ATF mengenai sokongan ibu bapa terhadapnya dan pendidikannya kerana dia baru saja berusia 16 tahun.

“Keluarga saya banyak menyokong saya dan boleh dikatakan semua menyokong saya.

“Ibubapa saya tidak kisah pasal sekolah, mereka cuma mahu saya menang main Dota,” ujar ATF sambil tersenyum.

Malah pasukan IG (Invictus Gaming) mengambil ayat itu dan membuat satu post di Facebook rasmi mereka.

“Kanak-kanak jangan pergi sekolah, hanya main Dota.”

ATF pula menambah dia mula bermain Dota sejak berumur 6 tahun. Ini bermakna ATF mempunyai 10 tahun pengalaman bermain Dota 2.

Tapi ingat, ATF mungkin bernasib baik kerana mempunyai peluang bersama OG. Apa-apa pun pelajaran lebih utama untuk jangka masa panjang.

RELATED NEWS

+