Iceiceice bagitahu server Dota 2 mana paling tryhard

Iceiceice menjadi antara pemain profesional Dota 2 yang pernah merasakan kesemua jenis server Dota 2 di serata dunia.

Offlaner veteran ini kini berada di Asia Tenggara yang menjadi tempat asalnya.

Iceiceice mendapat soalan ini ketika melakukan penstriman di rumahnya.

Menurut Iceiceice, China adalah rantau paling tryhard dia pernah main.

China sudah melahirkan ramai pemain hebat Dota 2 dan sudah semestinya tahap permainan mereka adalah tinggi.

Eropah pula diletakkan di tempat kedua dan menjadi susah kerana banyak masalah komunikasi bahasa berbeza dan menyukarkan pemain profesional.

Bagi Asia Tenggara (SEA) ditempat ke-3 dan Amerika Utara (North America) di tempat ke-4.

Nampaknya dia menjangkakan SEA akan menjadi lebih sukar dari server NA.

Mungkin ada sesetengah peminat Dota 2 tidak boleh menerima pendapat ini kerana kesukaran setiap server berbeza-beza.

RELATED NEWS

+