Iceiceice buka cerita selepas ditendang dari Team Secret

Iceiceice kini kembali ke rantau Asia Tenggara selepas bermain di Amerika Utara dan Eropah selama dua tahun.

Offlaner tekenal ini juga kembali ke penstriman dan berkongsi sedikit cerita mengenai Team Secret kepada penontonnya.

Iceiceice mengatakan dia dapat berasa yang dia akan dikeluarkan dari Team Secret jika mereka gagal ke Arlington Major.

Team Secret ketika itu juga gagal mengekalkan momentum apabila kalah kepada Entity.

Mereka mempunyai Zayac yang menjadi masalah untuk berkomunikasi disebabkan perbezaan bahasa.

“Saya tidak merasakan sakit hati, tetapi jika dapat melihat mereka gagal saya akan seronok,” ujar iceiceice sambil ketawa.

“Tetapi sebagai kawan Puppey, Nisha dan lain-lain sudah semestinya saya mahukan mereka berjaya,” tambahnya lagi.

Offlaner veteran ini merasakan banyak cabaran musim ini dalam karier Dota 2 di mana dia tidak dapat pergi ke acara Majors.

Malangnya, pasukan iceiceice Team SMG tidak dapat menyertai kelayakan The International 2022 kerana tidak berjaya mendaftarkan pasukan.

Iceiceice bagaimanapun dijemput ke TI11 untuk menjadi tetamu khas atau penganalisa.

RELATED NEWS

+