IG Jangs diklon oleh netizen dari Indonesia

Pasukan Bigetron RA berakhir dengan nombor 12 di dalam kedudukan keseluruhan peringkat liga PMPL ID musim keempat. 

Perkara ini terjadi kerana mereka gagal mengumpul mata untuk bermain di super weekend minggu kedua tempoh hari. Kegagalan mereka disebabkan masih kurang keserasian antara uHigh dan pasukan barunya.

Selain itu, mereka dilihat juga underperform dan pasukan-pasukan lain terus konsisten dalam mengumpul mata. Akibatnya, Jangs dikritik hebat oleh netizen Indonesia.

Mereka memaksa Jangs untuk meletakkan jawatan dari menjadi jurulatih pasukan BTR dan segera pulang ke Malaysia. Lebih mengeruhkan keadaan lagi, ada yang membuat akaun fake Instagram Jangs untuk membalas komen-komen yang dilemparkan netizen.

Namun, ada ramai yang positif memberi semangat kepada Jangs di IG rasminya terutamanya mereka dari Malaysia yang memahami tugas berat jurulatih ini.

Diharap Jangs dapat membawa pasukan BTR menjuarai peringkat country finals nanti dan membuktikan kepada mereka diluar sana bahawa beliau adalah salah seorang jurulatih yang berkaliber dan mampu membawa pulang piala untuk pasukannya.

RELATED NEWS

+